Tiada Kata Secantik Bahasa

Semua teka-teki yang dikumpulkan dalam ruangan ini adalah yang pernah di teka-teki kan dalam Kijang Emas PTT Club Chanel. Daripada di biarkan ianya berlalu pergi begitu sahaja, jadi saya kumpulkan supaya dijadikan bahan rujukan untuk semua. Terima kasih kepada ahli KEPC yang menyumbang teka-teki ini.
"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Soalan
Bagaimana nak tangkap sepuluh ekor burung sekaligus tanpa terlepas barang seekor pun?

Jawapan
Tangkap menggunakan kamera
Soalan
Ada sejenis binatang yang cucup hebat sampai sekarang ni, matanya lebih besar daripada kepalanya, terjun kat paya, paya tu kering. terjun kat sungai, sungai tu kering. terjun kat parit, parit itu kering. Apakah binatang itu?

Jawapan
Pepatung sebab terjun/ bertelur di paya,sungai atau parit yang telah kering.
Soalan
Binatang apakah yang paling kuat atau gagah?

Jawapan
Cicak sebab boleh tahan dinding rumah supaya tak tumbang.
Soalan
Sepuluh ekor lembu jatuh dalam telaga, lima ekor dapat di naik kan, berapa dalam telaga itu?

Jawpan
Tak tahu sebab kedalaman telaga itu tak diberitahu
Soalan
Apa dia kejab halal kejab haram?

Jawapan
Perempuan pakai kain belah sedang berjalan.
Soalan
Gapo dia, di depan halal belakang haram.

Jawapan
Siput babi
Soalan
Apa benda bila di gosok-gosok, keluar air putih?
Jawapan
Gosok gigi.
Soalan
Dalam perjalanan ke KL menaiki sebuah bas, kenapa semua orang tertidur?

Jawapan
Sebab tayar bas itu bulat, kalau bersegi tentu sekali penumpang tak dapat tidur.
Soalan
Ada tiga ekor cicak iaitu ibu, bapak dan anak cicak duduk berdekatan di bawah ciling sebuah rumah. Apabila si ibu dapat menangkap seekor nyamuk,tiba2 bapa dan anak cicak itu jatuh ke bawah. Kenapa?

Jawapan
Sebab bapak dan anak cicak itu bertepuk tangan kerana si ibu dapat menangkap nyamuk.
Soalan
Sebatang pokok tak kiralah pokok apa pun macam mana nak tahu yang mana depan dan yang mana belakang?

Jawapan
Cuba pergi kencing kat belakang pokok tu.
Soalan
Sebatang Pokok Kelapa bagaimana kita nak mengetahui pokok jantan dan pokok betina?

Jawapan
Pokok kelapa yang ada takok jantan dan tak ada takok betina
Soalan
Bagaimana kita nak kenal ikan jantan dengan ikan betina?

Jawapan
Ikan bakar jantan dan ikan duyung betina.
Soalan
Benda apa ya, walaupun di potong ke, dikerat ke, atau dihancurkan ke, ianya tetap di panggil panjang juga.

Jawapan
Kacang panjang
Soalan
Benda apa atas dunia ni, bila di potong/kerat semakin tinggi?

Jawapan
Seluar
soalan
Dalam sebatang pokok nyior, dimana tak panggil nyior?

Jawapan
Di Johor, dia orang panggil kelapa.